About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Wednesday, January 7, 2015

Welcome 2015!! Azam vs Impian

Assalamualaikum

Dalam 2 minggu ni agak sibuk. So, tak ada masa nak publish apa-apa post. Kerja berlambak dah rasa sampai tahap overload. Balik pada topik, agak terlewat lah juga nak wish tahun baru.

Bila aku buka facebook, ada lah sebahagian member aku mengeluh bila azam 2 tahun lepas belum tercapai dah masuk tahun baru. Aku pun mengalami situasi yang sama. Relax bro kita anjak kedepan. haha.

Orang cakap impian takkan tercapai tanpa azam. Cewah!! berfalsafah pulak. Memang lah tak tercapai azam yang ko tanam tuh untuk setahun kalau benda tu sangat besar. Tapi tak mustahil kalau kita usaha lebih. Betul?

Aku ada satu idea. Apa kata list down impian korang untuk tahun 2015 atau omputih kata 'List Things To Do (LTTD)'. Korang tulis azam atau impian yang sederhana dalam buku nota special untuk projek nih. Untuk impian yang lebih besar aku cadangkan berasingan sebab impian yang besar selalunya lebih detail. 

Lagi afdal tulis atas kertas tampal kat dinding bilik. So at least hari2 korang akan nampak benda tuh dan keep on track dengan azam korang.

Owh ya. Kalau nak tahu azam aku tahun lepas yang dah tercapai.. turun berat badan haha.. yang ni aku cerita next time. This year pasal jodoh after 2 year ++ aku 'bercuti' in relationship. go!go!

Adioss~
Bye

Thursday, December 25, 2014

Gelombang Banjir 2014

Assalamualaikum

Minggu ni topik dalam media banyak cerita pasal bencana yang berlaku disekitar pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dengan fenomena air pasang hujung tahun ni dan angin monsun timur laut entah tak tahu bila nak reda banjir ni. Dahsyat betul banjir kali ni.

Apa yang aku tahu update dari kawan-kawan dalam facebook dan whatsapp banyak jalan ditutup. Even bantuan pun susah nak masuk.

credit photo FB page :
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
 
Ada kawan-kawan aku yang forward fb page mangsa yang terperangkap dalam banjir minta bantuan kekurangan bekalan makanan dan macam-macam lagi.

Info :

Aku ada check online Bahagian Meteorologi Malaysia (website : http://www.met.gov.my) forecast untuk seminggu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Nampak macam akan hujan sepanjang minggu ni.



Harap mangsa tabah dengan dugaan ni. Amin.

Bye. Adioss~

Wednesday, December 24, 2014

Best ke Shopping Online?

Assalamualaikum

Post yang ni kali- ke-2 aku taip. Yang first dulu aku expect dah save sebelum aku publish next post. Sebab aku ingat bila tulis new post yang previous akan autosaved. Tapi aku delete post yang previous then guna page yang sama tulis next topic. Pandai tak aku? haha.. still new la dalam berblog even dah lama start berblog. Disebabkan jarang sangat merng'update'. Jadilah macam ni. haihh..

Back to the topic, sebelum ni aku pernah terpikir, yang suka shopping online ni especially beli outfit atau kasut. Korang puas hati ke dengan apa yang korang beli? Kalau tengok gambar memang la nampak cantik. Tapi tak terfikir ke sesuai dengan kita atau tak. Nanti mulalah complain sana sini. Especially orang perempuan. Betul tak?

Kalau nak beza kan memanglah murah dan jimat masa. Bagi yang sibuk bekerja dan tak ada masa mungkin akan selalu buat macam ni. Tapi jangan buat time kerja yea..

Bagi aku, aku kurang minat ber'shopping online'. Sebab aku ni jenis cerewet sikit pasal nak pilih-pilih baju atau kasut. Aku lebih suka dapat tengok depan mata dan boleh cuba pakai. Manalah tahu tak sesuai. Aku sanggup round satu shopping mall sampai aku jumpa apa yang aku berkenan. Tapi dalama setahun 2 3 kali je. Sangat jarang nak beli baju atau kasut. Bila dah tak boleh pakai baru aku cari. Sometime tergugat juga jiwa dan raga tengok baju dalam online ni. Sabar2

Bye. Adioss~

Monday, December 22, 2014

Aku Bukan "Coffee Lover"

Assalamualaikum

Terus terang im not a coffee lover. Ada orang setiap pagi mesti pekena coffee dulu baru rasa fresh bersemangat nak pergi kerja. Kalau aku, rasa kembang tekak bila tengok coffee tu.


Aku boleh minum coffee tapi bukan sebelum pergi kerja atau waktu kerja. Sebab tekak aku akan rasa tak selesa dan akan rasa haus asyik nak minum air kosong nak buat kerja pun tak fokus.

Ramai orang cakap kalau nak hilangkan mengantuk minum coffee. Aku dah try minum coffee waktu mengantuk tapi tak ada effect langsung. Aku pun tak faham sistem dalam badan aku ni.

Selalunya aku boleh layan meng'kopi' waktu lepak dengan kawan-kawan bila free atau hujung minggu sambil borak-borak. Dan kalau aku balik kampung, aku akan lepak dengan cousin aku dekat Rengit Coffee atau aku panggil 'Stabak Rengit'. Tapi setakat minum layan saja lah. Tak ada sampai addict dengan coffee.

Oklah sebenarnya tak ada idea nak post apa. Ini saja yang terlintas kat dalam kepala.

Bye. Adioss~

Saturday, December 20, 2014

Malaysia vs Thailand Final

Assalamualaikum
Salam Harimau Malaya!!

Walaupun Malaysia kalah dengan Thailand, aku rasa final kali ni berbaloi.

Selamanya Harimau Malaya~


Rimau aku dah pengsan kekenyangan


Bye. Adioss~

Mentaliti Kena Ubah

Assalamualaikum

Selepas lebih 3 tahun aku bekerja, macam-macam jenis orang aku dah jumpa. Kadang-kadang tak faham mentaliti orang sekarang.

Situasi ni berlaku pada aku masa meeting atau discussion dengan client. Setiap kali aku bagi suggestion mesti ditolak dan susah bagi client nak terima. Bila next meeting bos aku attend, bos aku akan terangkan benda yang sama pernah aku sampaikan dulu. Diorang senang pula terima.

Kadang-kadang aku tergelak sendiri. Dulu aku explain benda yang sama diorang tolak tak boleh terima. Tiba-tiba, bila bos aku explain benda yang sama korang senang saja terima. Kenapakah??

Yes. Memang aku ni masih muda dan di kira junior lagi la kalau nak bandingkan dengan client aku ni.. Tapi tak bermakna pendapat aku ni tak boleh terima. Eventhough lagi senior dari aku, tak salah kot nak consider suggestion orang lain. Kadang-kadang tak boleh ikut sangat 100% teori. Kena juga tengok dari segi praktikal.

Bila aku cerita dekat bos, dengan selamba dia cakap "i'm oldman maa..  they easily can accept. You young man.. they under estimate you.. don't worry.. haha..(dia gelak)".

Apa ingat kitorang ni tak tahu apa-apa. Emo pulak. Haha.

Oklah. Bye. Adioss~

Friday, December 19, 2014

Bila Lelaki Layan Novel

Assalamualaikum

Member aku pernah tanya aku soalan ni. Dan member aku ni pulak perempuan. dia pun macam tak percaya ada lelaki layan novel. Then she said "ko layan novel ker? sangat jarang lelaki layan novel.."

Tak salah kot aku rasa kalau lelaki layan novel. Before this aku tak minat membaca pun. Since makin berumur ni makin giat pulak membaca.

Dulu kecik2 kalau pergi mall mesti singgah bookstore. Parents aku layankan aje. Diorang duduk dekat depan, biarkan aku pusing-pusing usha buku-buku.. Dapat beli 1 2 buku balik excited dapat buku baru siap peluk2 buku tu sampai rumah hampeh buku tuh buat perkasam.. hihi

Minat membaca dtg balik time aku habis study. Masa tu aku kerja bookstore sementara tunggu panggilan kerja. Masa duduk melayan sorang worksmate lelaki yg nampak keserlahan minat membaca novel. Dia cerita A to Z buku yang dia baca. Then, dia suggest satu novel 'lelaki berkasut merah' penulis baharuddin bekri. Cerita dia agak masyuk ader unsur peribahasa yang pelik tapi masuk akal

Since dari situ aku selalu melayan novel. Dah aku terjebak skali baca novel ni. Aku tak suka baca novel berunsur cintan cintun. Kalau aku baca separuh muka surat dah tertidur.. haha. Kalau sikit-sikit tu halal lah. Currently, aku suka layan novel dari FIXI. Superb!! bahasa dia memang tak ada tapis-tapis main langgar je.

Sampai sekarang aku still membaca tapi slow sikit lah makan bulan baru habis sebab kerja penat weyhh..

So advice aku rasa kalau korg ada anak tu just didik diorg minat membaca. Tak kisah lah buku apa pun. Just tanam minat membaca dulu lama-lama diorg akan adapt untuk rajin baca bermcm2 genre especially yg ilmiah. Trust me.

Bye. Adioss~

Wednesday, December 17, 2014

Cara Aku Berbelanja Sebulan

Assalamualaikum
 
Setiap orang ada cara nak berbelanja duit sebulan gaji. Gaji sebesar mana pun kalau tak tahu nak handle/control duit yang macam air tu tetap takkan cukup. Iye idak??

Basically, setiap bulan aku akan buat rekod calculation untuk semua hutang-hutang, bil-bil, belanja dapur, minyak kereta, kos makan/minum & of course saving. And i call it "Belanjawan Dunia"

Since aku stay dengan family aku, once aku dapat gaji benda pertama yang aku akan buat, aku akan bagi mak aku duit belanja dapur. Tak perlulah kot sebut amount. Secondly, hutang-hutang aku akan langsaikan dulu sebab aku tak nak track record ada delay payment. Tak nampak cantik nanti rekod payment in future mana tau ada nak buat loan lagi susah pula nak approve.  

Bil api & air selalu nya dalam range RM100- RM150. Kalau lebih dari range tu aku akan bising dekat rumah tanya siapa yang pakai karen lebih.. haha

Kos minyak kereta & makan/minum seminggu aku peruntukkan RM100. RM50(duit makan) + RM50 (duit minyak). Kalau terlebih belanja aku akan cover balik dengan minggu akan datang. Untuk kos makan time kerja selalunya aku bawa bekal dari rumah. Jimat !! So, total untuk 4 minggu RM400 saja.

Untuk saving aku akan simpan 10% dari gaji yang aku dapat. Standby. Mana tau ada emergency nak pakai duit.

Selebih gaji tu baru aku guna untuk berjimba  cuci mata.. mulut.. atau kaki..

Bye. Adioss~

Tuesday, December 16, 2014

I'm Back

Assalamualaikum..

Tiba-tiba tangan ni rasa gatal nak berblog semula. Since aku dah tak tau nak buat apa kat rumah walaupun kerja berlambak. So, bila tengok balik previous post aku yang dulu tergelak sendiri. Ape kebenda yang ak mencarut kat dalam nih.

Some post aku dah delete disebabkan aku rasa tak relevant & rasa macam tue bukan aku yang tulis. Mungkin hantu raya yang tulis hehehe..

Reason aku cuba nak aktif balik lately aku terlintas dalam kepala banyak benda aku nak share tapi aku tak tau nak cerita dekat siapa. Then, one day aku cakap "macam best jek share kat blog". tapi disebabkan tahap kemalasan tu memang tahap gaban, tu yang sampai sekarang aku tak aktif.

Lagi satu, rasa kekok bila nak menaip dalam blog sebab selalu aku akan menaip short form jek. Since aku fikir KALAUlah ada orang yang membaca mesti sakit hati. Ni pun dok taip... delete... taip... delete... asyik ter'short form'.

Owh nanti aku post lagi. Dah tak tau nak taip apa lagi.
Bye adioss~


Saturday, January 19, 2013

NJOI free satellite TV

Owh tersgt bz sekejap 2 minggu nih..


ok..
sape ader astro sila angkat kaki. sape yg tak puas hati dengan astro angkt tangan.. hehe.. tapi xpayah risau.. astro ader promo baru .. ak rase ak lh manusia yg paling last kot tau benda nih..

tau tak korang yang astro ader buat 1 lagi promotion tak perlu bayar bulan2. ak percaya mesti ader dikalangan korang ader beli satu illegal decoder yg blh tonton channel international pnye.huhu..

baru2 ni aku ternmpk satu promo di tv pasal 'njoi' nih di tv3. time tuh ak baru balek keje dgb beg blum sinpan trus buka tv then, ter keluar plak promo njoi nih.

pakej njoi nih tak perlu bayar bulan2 just bayar fees tuk decoder+ rm20 tuk 2kad prepaid shj dgn harga rm 180 + rm100 for installation. tapi siaran adlh limited.. tak semua ada lagi antara channel yg ader:

 

siaran radio pn included


if korang nk channel mustika/indopek/chinese movie korang just gne prepaid mcm korg top up hp tuh.. ader dijual dimana2 hp katanyer.. ak xsure lah kalu snng didpt.. ni ak tnye promoter astro tuh.. betul ke tak ak tak tau. owh lpe plak yg prepaid card tuh harga dier rm 20 tuk 15 hari siaran.. if korang rse tak nak gne tak payah top up.. tuk promotion nih sape yg baru register dier bg 2 free package channel prepaid card.

for now ak tak bleh nk bagitau keberkesanan nye sbb ak pn br jek register last 2 week then diorg kata nk inform during 2 week akn call.. tp tak de plak org inform.. sabar2

maybe next time ak dh gne ak update lg yep.. utk maklumat korang bleh search website nih tuk lebih details