About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Monday, August 16, 2010

Fadhilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada seksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."

Friday, August 13, 2010

Pengurusan masa yang bijak

*gambar hiasan

Adakah korang rasa banyak masa terluang disia-siakan? adakah korang pernah cuba mengatur masa korang? berjaya tak korang buat tugasan yang diatur? Tentu korang nak tahu cara yang betul untuk mengatur setiap masa yang ada kan? Jadi apa yang sah post nih untuk tatapan semua. Pengurusan masa memanglah penting dalam menjadikan hidup lebih teratur dan terancang. Cuba kalau korang bayangkan kalau semua plan kita tak di rancang dulu? confirm tak sempurna. termasuklah sah yang juga suka plan dari awal dan sah tak suka masa yang dah disusun diganggu. Di dalam islam juga ada menyebut tentang kepentingan pengurusan masa salah satu ayat didalam Al Quran maksudnya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"

"Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want"
(IECC New Your Career our Concern. Vol No. 6. Nov 1996)



Mencapai matl
amat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis.
Sebenarnya setiap kerja pun kita kena buat catatan supaya kerja yang dilakukan dapat disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan. Sediakan satu nota kecil khas supaya senang dibawa kemana-mana untuk catatan PERANCANGAN harian Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang masih belajar seperti sah, mencatat segala homework atau assignment supaya kita ingat kerja-kerja yang perlu dibuat dan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan lecturer.

Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasarkan KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Ini bagi memastikan kerja-kerja yang lebih penting menjadi KEUTAMAAN. KEUTAMAAN Tertinggi - harus dilaksanakan segera. KEUTAMAAN Sederhana - mesti dilaksanakan tetapi boleh ditangguhkan atau diagihkan. Tidak Penting - Boleh ditangguhkan atau dilupakan.

JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera.
Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.


Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan daripada orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas
Jika perancangan diganggu oleh orang lain cuba membiasakan diri untuk menolaknya. Mungkin aktiviti ini hanya sekadar suka-suka. Jadi kita boleh tangguhkan aktiviti itu dihujung minggu.

Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF
Seperti yang di sah tulis diatas tadi utamakan kerja yang penting dahulu perkara yang tidak penting perlulah ditangguhkan atau diabaikan.

Pastikan
semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG.
Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkarapenting dalam buku kecil. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini
.


MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN MASA senggang seperti semasa menunggu bas,masa rehat atau pertukaran kelas.
Kalau kita sedang menunggu member di cafe atau dimana-mana sahaja, curi masa sedikit waktu menunggu dengan membuat kerja-kerja yang masih tertangguh supaya kerja atau tugasan itu dapat disiapkan dengan lebih awal.





Wednesday, August 11, 2010

Perkara yg membatalkan puasa


  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Malam by Faizal Tahir




SAH
nak share lagu nih sebab SAH memang suka dengar lagu or tengok TV sambil study in the same time. Entah tak tau habit dari kecil suka buat macam tu ( jgn try buat.. ). Lagu ni ada cerita disebaliknya. Ape2 hal pun jom layan lagu Selamat Malam by Faizal Tahir











Lirik :

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu

Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Monday, August 9, 2010

Apa itu puasa dalam islam?

*gambar hiasan - source : google

Salam.
Jika sebelum nie SAH dah posting niat sebelum dan selepas puasa, sekarang SAH mahu share tentang definasi puasa pula.

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah : 183)


Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat Puasa