"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"
"Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want"
(IECC New Your Career our Concern. Vol No. 6. Nov 1996)
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"
"Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want"
(IECC New Your Career our Concern. Vol No. 6. Nov 1996)
Mencapai matl
amat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis.
Sebenarnya setiap kerja pun kita kena buat catatan supaya kerja yang dilakukan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Sediakan satu nota kecil khas supaya senang dibawa kemana-mana untuk catatan PERANCANGAN harian Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang masih belajar seperti sah, mencatat segala homework atau assignment supaya kita ingat kerja-kerja yang perlu dibuat dan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan lecturer.
Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasarkan KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Ini bagi memastikan kerja-kerja yang lebih penting menjadi KEUTAMAAN. KEUTAMAAN Tertinggi - harus dilaksanakan segera. KEUTAMAAN Sederhana - mesti dilaksanakan tetapi boleh ditangguhkan atau diagihkan. Tidak Penting - Boleh ditangguhkan atau dilupakan.
JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera.
Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.
Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan daripada orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas
Jika perancangan diganggu oleh orang lain cuba membiasakan diri untuk menolaknya. Mungkin aktiviti ini hanya sekadar suka-suka. Jadi kita boleh tangguhkan aktiviti itu dihujung minggu.
Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF
Seperti yang di sah tulis diatas tadi utamakan kerja yang penting dahulu perkara yang tidak penting perlulah ditangguhkan atau diabaikan.
Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG.
Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkarapenting dalam buku kecil. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini.
MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN MASA senggang seperti semasa menunggu bas,masa rehat atau pertukaran kelas.
Kalau kita sedang menunggu member di cafe atau dimana-mana sahaja, curi masa sedikit waktu menunggu dengan membuat kerja-kerja yang masih tertangguh supaya kerja atau tugasan itu dapat disiapkan dengan lebih awal.


No comments:
Post a Comment