Salam. Hari nie hari baru.. blog pun dah baru. Aku nak share sesuatu yang aku jumpa dekat youtube.
Aku jumpa satu video di MAStravel page. Usaha MAS nak tarik pelanggan. Diorang buat gimik tengah-tengah laman arrival kat KLIA nyanyi ala2 konon pelanggan tetiba menyanyi pula. Tapi memang SMART GILERR!!.
Video nie baru diupload. Jom sama-sama kita enjoy video nie.
Klik disini.
Salam.. jumpe lagi dihari yang sama tapi pada waktu yang berbeza,Hehe.
Nak habaq sket (cam orang utara plak) CONVERSE tengah buat warehouse sale sekarang di PERMAS JAYA. Masa lunch time tadi aku gi dengan officemate aku(pangkat akak arr..). Time tue memang matahari tegak atas kepala. Masuk dalam warehouse macam masuk dalam microwave panas gilerr, Orang tak payah cakap la. Macam semut berhimpit2. Mana tak, converse buat sale betul-betul awal bulan. Gaji tengah masyukkk!!
Tapi, sebelum masuk niat memang nk beli seluar jeans. Tatapi(dialek org dulu2), masuk dalam tuh dah macam dirasuk hantu semua aku nak beli. T-shirt kolar la, sweater la.. belt.. pergh memang rambang mata.. Belek2 harga asl memang ber rat2(ratus) harga sale puluh2 aje. Officemate aku dh tau kat maner. Aku biar kan ajer dier. Nanti pandai2 lah dier cari aku(jahat kan??). kihkih
Dok tengah belek2 sweater ak ter-berkenan satu short pants yg sgt macho kihkih.. aku pegang2 macam dalam dilema "nak beli jeans ker nak beli ini" dengan menurut kata nafsu, aku ter-beli short pants tuh. Nak tau brape harga asl dier? RM139.90 turun sale RM49.90 sahaja. Wow!
Yang lagi best time nak bayar queue punya lah panjang tak silap ada 5 counter yang satu tuh sebelah hujung sekali untuk purchase less than 10 memang kurang orang. Aku pergi secara tiba2 staff converse tahan aku counter dah nak tutup. Cess!
Dengan menggunakan akal fikiran yang waras, aku dapat idea. Dengan gigih aku mencari officemate aku.
aku: kak(akak)..
officemate: asal?
aku: kaunter tue nak tutup. Akak gune lah kelebihan yang akak ader tuh cakap dah tak larat.. nak bayar sini boleh?
officemate: ishh.!!. ske2 hati ko je..!! Bak sini barang ko!!
dengan muke tak malunyer officemate aku gi kat budak converse tuh
officemate: dik nak bayar sini boleh? akak dah tak larat la berdiri panas plak tuh..
staff: ok bleh2..
Mission accomplish!!. Nak tau kenapa? sebab officemate aku pregnant. Haha. kitorang telah menggunakan keistimewaan yang ada sebaik-baiknya. ader sorang akak tuh tengok kan ajerk gelagat kitorang. Dier bleh plak ketawa.. :-p
Oklah panjang berjela la plak, kalu nak pergi ini details
Location : 6, Jln Permas 9/6, Bandar Baru Permas Jaya
Date : 5 to 8 January 2012, 10am to 5pm

selalu~
bermimpi~
segala~
diimpi~....
Ewahh!! haha.. Masterchef Malaysia dah nak masuk ke final dah hujung minggu ni antara dokor gigi iaitu ezani dan pekebun dari Sabah iaitu Wahidan.
Kita tengok siapa tukang masak amatur terbaik di Malaysia.
Salam.. Ketuk kepala 1000 kali sebab dah lama tak update blog.
Kita ketepikan isu-isu yang heboh dekat luar sana pasal 'mahasiswa' dan pelajar genius itu. Aku nak buat entry pasal 'TOP BLOGGER DI MALAYSIA 2011'.
Sekarang nih dah masuk ke tahun 2012, jadi semestinya ramai yang akan post top blogger kat 'mesia' nih untuk tahun 2011. Dalam banyak2 blog yang tertera kat top list nih aku salah seorang pembaca tegar mereka. kihkih.. Blogger2 nih memang layak n superb blog. Sekian with smile.
Senarai Ranking Top Blogger Malaysia 2011
1. Beautifulnara.com ( 9,967/55 )
2. Blogserius ( 15,393/88)
3. Ohbulan ( 19,502/109 )
4. Denaihati (20,296/119 )
5. Amanz.my ( 24,540/120 )
6. Rotikaya.com (34,258/142 )
7. Itsmesaiful.blogspot ( 34,959/177 )
8. Mummynemo.com ( 47,155/198 )
9. Uptomu.net (61,348/204)
10. Ohartis.com ( 40,623/227 )
11. Benashaari.com ( 41,830/242 )
12. Ceritamamat.com ( 54,649/243)
13. Ammboi.com ( 56,279/245)
14. Informasi.my ( 41,424/250 )
15. Akustressgiler ( 62,413/271 )
16. Borak Kosong ( 45,591/272 )
17. PuanBee ( 44,084/284)
18. Encik Nakal ( 63,779/295 )
19. Abgteror ( 64,576/317 )
20. Arifshah.com ( 48,135/318 )
21. Ohtidak.com ( 49,550/338 )
22. Yanmieonline ( 59,732/381 )
23. Asyrafasnawi.com ( 77,016/387 )
24. Rafinamimi.com ( 72,160/418 )
25. 2dayblogger.com ( 72,160/418 )
26. Melvister.com ( 108,073/455 )
27. Wootmedia.my ( 105,319/475 )
28. Melayukini.net ( 93,397/490 )
29. Zulkbo.com ( 111,277/492 )