About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Monday, December 31, 2012

Farewell 2012

pejam celik dah last day 2012.
macam2 dah berlaku baik sedih.. happy.. semua ader.
Sebelum tue, nampak tak perubahan blog nih? kihkih..
last weekend aku bertungkus-lumus ubah.
Just make it simple n look nice ajer sudehh..

Ok la just nak share cerita yang menarik yang aku buat sebelum berakhir 2012.
Nak cakap azam yang xtercapai, ak xde simpan kot ape2 azam taun nih.. kikihkih..
sebab aku x expect aper2 or target..
mungkin sebab awal tahun 2012 aku baru nak belajar hidup sebagai orang berkerjaya poyo sekejap.. Tapi banyak benda baru or first time done something interesting..
nak tau ape?

awal tahun 2012 aku berkenalan dengan si dia..
opss!! saper tuh? xyah cerita biarlah disimpan.. tersimpan.. menyimpan.. ter.. ber.. meng..
and the same year we broke up... what!!? sob sob..
tapi bukan silap kedua-dua nyer..
yang penting kami still berkawan mcm biase
hanya tuhan jerk yg tahu mcm ayat drama la plak.. sedih2..

 melalak x tentu pasal..

and the same year first time aku naik flight.. jakun tak aku.. :-p
actually benda baru jek berlaku last 2 weeks aku ke bintulu sebab kerja.
tak pelah xdapat pergi holiday jauh2..
company hantar free 'setepek' dapat pergi 'holiday'..
ader peluang la jugak spent masa mencuci mata pergi tempat org lain.
last day kat bintulu sempat beli kan family and friends souviner

Hopefully next year will be better that this year.. bos plzz la hantar saya yang jauh2 sket... hehe..


Saturday, December 29, 2012

KASI PECAH 2013!!



ehemm..
ok agak dah lama gak x update blog nih.
so next year aku nak active kan blog nih semula..
starting today until end of this year ak nk renovate baru..
kasi ini blog wall ader itu ceria ( ceria kah!!?).. 

actually aku pun still beginner dalam blogging nih..
just untuk spent time yang ader dari duk umah xbuat aper2..
banyak lagi benda yang ak blum explore.
insyaALLAH aku akan share anything new yang aku jumpe pasnih..

alright then till see u soon on 2013!!

Tuesday, January 17, 2012

MALAYSIA AIRLINES FLASHMOB | MISSING YOU


Salam. Hari nie hari baru.. blog pun dah baru. Aku nak share sesuatu yang aku jumpa dekat youtube.

Aku jumpa satu video di MAStravel page. Usaha MAS nak tarik pelanggan. Diorang buat gimik tengah-tengah laman arrival kat KLIA nyanyi ala2 konon pelanggan tetiba menyanyi pula. Tapi memang SMART GILERR!!.

Video nie baru diupload. Jom sama-sama kita enjoy video nie.

Klik disini.
Link

Thursday, January 5, 2012

CONVERSE WAREHOUSE SALE JANUARY 2012 | PERMAS JAYA, JB

Salam.. jumpe lagi dihari yang sama tapi pada waktu yang berbeza,Hehe.

Nak habaq sket (cam orang utara plak) CONVERSE tengah buat warehouse sale sekarang di PERMAS JAYA. Masa lunch time tadi aku gi dengan officemate aku(pangkat akak arr..). Time tue memang matahari tegak atas kepala. Masuk dalam warehouse macam masuk dalam microwave panas gilerr, Orang tak payah cakap la. Macam semut berhimpit2. Mana tak, converse buat sale betul-betul awal bulan. Gaji tengah masyukkk!!

Tapi, sebelum masuk niat memang nk beli seluar jeans. Tatapi(dialek org dulu2), masuk dalam tuh dah macam dirasuk hantu semua aku nak beli. T-shirt kolar la, sweater la.. belt.. pergh memang rambang mata.. Belek2 harga asl memang ber rat2(ratus) harga sale puluh2 aje. Officemate aku dh tau kat maner. Aku biar kan ajer dier. Nanti pandai2 lah dier cari aku(jahat kan??). kihkih

Dok tengah belek2 sweater ak ter-berkenan satu short pants yg sgt macho kihkih.. aku pegang2 macam dalam dilema "nak beli jeans ker nak beli ini" dengan menurut kata nafsu, aku ter-beli short pants tuh. Nak tau brape harga asl dier? RM139.90 turun sale RM49.90 sahaja. Wow!

Yang lagi best time nak bayar queue punya lah panjang tak silap ada 5 counter yang satu tuh sebelah hujung sekali untuk purchase less than 10 memang kurang orang. Aku pergi secara tiba2 staff converse tahan aku counter dah nak tutup. Cess!

Dengan menggunakan akal fikiran yang waras, aku dapat idea. Dengan gigih aku mencari officemate aku.

aku: kak(akak)..
officemate: asal?
aku: kaunter tue nak tutup. Akak gune lah kelebihan yang akak ader tuh cakap dah tak larat.. nak bayar sini boleh?
officemate: ishh.!!. ske2 hati ko je..!! Bak sini barang ko!!

dengan muke tak malunyer officemate aku gi kat budak converse tuh

officemate: dik nak bayar sini boleh? akak dah tak larat la berdiri panas plak tuh..
staff: ok bleh2..

Mission accomplish!!. Nak tau kenapa? sebab officemate aku pregnant. Haha. kitorang telah menggunakan keistimewaan yang ada sebaik-baiknya. ader sorang akak tuh tengok kan ajerk gelagat kitorang. Dier bleh plak ketawa.. :-p

Oklah panjang berjela la plak, kalu nak pergi ini details

Location : 6, Jln Permas 9/6, Bandar Baru Permas Jaya
Date : 5 to 8 January 2012, 10am to 5pm

FINAL MASTERCHEF MALAYSIA | PEKEBUN VS DOKTOR


selalu~
bermimpi~
segala~
diimpi~....

Ewahh!! haha.. Masterchef Malaysia dah nak masuk ke final dah hujung minggu ni antara dokor gigi iaitu ezani dan pekebun dari Sabah iaitu Wahidan.

Kita tengok siapa tukang masak amatur terbaik di Malaysia.

TOP BLOGGER MALAYSIA 2011

Salam.. Ketuk kepala 1000 kali sebab dah lama tak update blog.

Kita ketepikan isu-isu yang heboh dekat luar sana pasal 'mahasiswa' dan pelajar genius itu. Aku nak buat entry pasal 'TOP BLOGGER DI MALAYSIA 2011'.

Sekarang nih dah masuk ke tahun 2012, jadi semestinya ramai yang akan post top blogger kat 'mesia' nih untuk tahun 2011. Dalam banyak2 blog yang tertera kat top list nih aku salah seorang pembaca tegar mereka. kihkih.. Blogger2 nih memang layak n superb blog. Sekian with smile.

Senarai Ranking Top Blogger Malaysia 2011

1. Beautifulnara.com ( 9,967/55 )
2. Blogserius ( 15,393/88)
3. Ohbulan ( 19,502/109 )
4. Denaihati (20,296/119 )
5. Amanz.my ( 24,540/120 )
6. Rotikaya.com (34,258/142 )
7. Itsmesaiful.blogspot ( 34,959/177 )
8. Mummynemo.com ( 47,155/198 )
9. Uptomu.net (61,348/204)
10. Ohartis.com ( 40,623/227 )
11. Benashaari.com ( 41,830/242 )
12. Ceritamamat.com ( 54,649/243)
13. Ammboi.com ( 56,279/245)
14. Informasi.my ( 41,424/250 )
15. Akustressgiler ( 62,413/271 )
16. Borak Kosong ( 45,591/272 )
17. PuanBee ( 44,084/284)
18. Encik Nakal ( 63,779/295 )
19. Abgteror ( 64,576/317 )
20. Arifshah.com ( 48,135/318 )
21. Ohtidak.com ( 49,550/338 )
22. Yanmieonline ( 59,732/381 )
23. Asyrafasnawi.com ( 77,016/387 )
24. Rafinamimi.com ( 72,160/418 )
25. 2dayblogger.com ( 72,160/418 )
26. Melvister.com ( 108,073/455 )
27. Wootmedia.my ( 105,319/475 )
28. Melayukini.net ( 93,397/490 )
29. Zulkbo.com ( 111,277/492 )