About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Wednesday, August 24, 2011

Kembali Ke Rahmatullah

Salam.
Semalam aku baru dapat berita sedara aku telah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal di HSA(Hospital Sultanah Aminah), JB. Arwah sebenarnya menghidapi kanser darah. Aku agak rapat dengak anak arwah sebab dia sangat2 bersungguh2 tolong aku carikan kerja. Sampailah sekarang dia still tanya perkembangan aku. Tak apalah Allah lebih menyayangi arwah. Sesungguh nya arwah sangat bertuah kembali ke rahmatullah di bulan yang mulia ini.

- Al-Fatihah -

Gaji Oh Gaji

Wah2!! dah 5 hari tak update blog ni rasa macam lain pulak. Disebabkan banyak sangat kerja aku hold kejap berblogging. Tapi bila dah tak ada kerja, rasa lama pulak tak sabar2 nak balik. Padahal baru jek masuk office. Haha

Rasanya satu Malaysia dah kecoh yang kerja Gov dapat bonus separuh dari gaji. Sangat-sangat jeles. Aku kerja company swasta. Masuk ni dah 3 bulan aku kerja dekat sini. Walaupun tak dapat bonus, atleast dapat gaji bulan ni seminggu awal. So, terubat gak rasa kejelesan dihati. Haha.

Yang lagi best. Start next month aku naik gaji!! hoyeah!! Sebab memang dah bagi tau sebelum aku masuk sini, after 3month kalau performance baik, gaji aku akan naik. So, syukur Alhamdulillah. Bila la nak gaji lagi sekali. Huhu..

Wednesday, August 17, 2011

Kau Pencuri!!

Opppp.. lambat pulak update hari ni. Banyak keje kena settlekan dulu. Almaklumlah freshie macam aku nie kena tunjuk yang kita boleh buat. Kalau tidak mana orang nak yakin kita boleh contributes something to them. Jadi, works come first. Tp ada niat sikit la salary naik cepat sikit. haha. Sebab kenapa? Masa sebelum officially aku masuk company nie, aku kena training. After a week training aku confirm dapat keje kat mana aku keje sekarang. Salary yang sepatutnya aku dapat, lebih banyak dari yang sepatutnya as a freshie&non experience employee. Sebab bos aku cakap "You shows commitment." Sebab tue lah gaji aku tinggi sikit dari previous employee(dh berhenti). Jadi, tak mustahil boleh naik gaji cepat kn? sebab bos aku mmg sportting. Tapi ada kes yg berlaku semalam. KECURIAN

Siapalah pencopet itu. :-p

Actually, duit officemate aku hilang RM150.00. Memang nilai dia macam sikit. Tapi bagi officemate aku sgt2 penting. Yek arr org dh berfamily. Duit dah arrange cukup2 tuk belanja ada org copet plak duit. Kalu aku jadi akak(officemate) tue pun bengang.

Semalam time lunch hour si X(suspek paling100x utama) ni pergi makan dulu. Then my Boss pergi makan(actually my Boss & X is non muslim).. after half an hour si X nih dah balik dari lunch. After that aku n akak ni kuar la sebab dier suruh temankan dier pergi bank & post office. Yang best nyer akak ni xbawak purse dier just bawak ic, cek n bill elektrik.

Dalam 45 min macam tuh kitorang dah balik dari ofis. My Boss still kat luar offce tgh ckp gne hp dier. Then akak tue masuk dlu, then bos aku, last aku masuk sebab nak kunci pintu. Naik jek ats. Akak tue jerit kat aku duit dier hilang!! Beg dier pun mcm dh tak teratur. Zip beg tak tutup habis. Sah2 ader org copet duit dier. Kesian2.

Suspek kitorang si X ni lah sebab dier aje ada dlm ofis time tuh. Pintu sentiasa berkunci. Cuma kita berempat jek yang ada kunci. Lepas tuh, akak tuh dah pening trus jumpa bos cakap duit hilang & dia syak si X nih. Si X nih terus kena panggil. Check2 dlm wallet dier ader rm200.00 dier ckp dier amek dari bank. Kitorang siasat xde plak dier kluarkan duit. Then Boss ak tak puas hati dier call lagi nak tahu pukul brape si X nie kuarkan duit. Org bank plak xboleh bagi sbb owner jek blh tau dh kira P&C. Tapi si X ni disuruh call sendiri bank mmg dier ada kuar kn duit semlm tengah hari.

Hurmm.. musykil2 camner bleh jadi camginih.. ada 2 kemungkinan:
  • si X mmg ader curi & dier dah smunyikkan duit tuh kat mana2
  • Jin yg curi.. Waaa~
Entahlah skrg ofis mcm dh best sgt sebab org yg kt igt boleh percaya.. dah tak boleh dipercayai. Sekarang kena lebih berhati2. Walaupun nmpk muka beriman untuk elakkn kena tuduh. Tapi aku yakin mmg si X yang curi. Tapi dier still xngaku. Biarlah cuma dia jer tahu dia buat atau tak.

Tuesday, August 16, 2011

Satu Satu

Info ni ak ambil dari facebook member aku.. luar biasa..

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eiman: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah

Monday, August 15, 2011

Datuk Lee Chong Wei Kecewa

Disebabkan kekalahan tournament semalam mesti ramai yang menyalahkan Datuk LCW. Don't simply judge like that, because you don't know how much efforts and sacrifices he had to make. Don't worry LCW still have a lot of your supporters standing behind you whatever it is.

Datuk LCW meluahkan rasa hati beliau semasa ditemubual wartawan Astro SuperSport. Sehinggakan menitiskan air mata. Oh!! kesian.

Cinta Muka Buku by Najwa Latiff

Najwa Latiff ni new comer dalam industri muzik dekat Malaysia ni. Actually dah pernah dengar nama dia from my cousin yang sibuk suruh search kat youtube dan dengar lagu dari Najwa Latiff.. Banyak yang dia record main gitar dalam kereta.

Actually Najwa Latiff ni berasal dari Batu Pahat, Johor same as me hoyeahh!! haha.. Muda lagi 16thn. Ada orang kata Najwa Latiff pengganti Yuna. For me, tak sama kot. Aku pun follow gak perkembangan Yuna tak sama lah. Mungkin oramg samakan Najwa dan Yuna sebab diorg pakai tudung dan main gitar. Tapi kena bangga kot dah banyak orang yang berbakat kat Malaysia ni. We suppose to support them ajelh. Tapi kalau search kat youtube banyak lagi yang dah buat record.

Ok balik semula tentang Cinta Muka Buku by Najwa Latiff sebenarnya baru tahu lagu ni dari Najwa Latiff. Baru-baru ni dengar kat radio ingatkan juara Bintang Kecil tahun lepas yang nyanyi. Dalam hati cakap"untong budak bintang kecik nih.. kecik2 lagu dah masuk radio" rupa-rupanya salah.. haha lagu Najwa Latiff rupanya. Apa-apa pun kita layan lagu ni..


Tunduknya LCW pada LinDan


Memang frust kalau tengok badminton antara LCW dan LinDan.. Tak sempat tengok dekat rumah gi tengok kat kopitiam pasaraya hehehe.. kalau tengok perlawanan esmalam LCW cuma kalah tipis jerk.. kalah mse set point game ke-3.. Riuh satu pasaraya tengok tournament semalam..

Malaysia kalah 22-20, 14-21, 23-21.. Tapi takpe mungkin bukan rezeki Malaysia untuk menang. Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Impian untuk LCW menang pertama kali di perlawanan WorldChampionships tak kesampaian. Maybe next tournament 2013 boleh menang. Whatever it is we still support LCW. hoyeah!!

Friday, August 12, 2011

Ini Aku Punya Hal

Morning&Salam Jumaat..
Bos blum masuk.. keje dh siap.. ape lagi kt berblog plak la... hehe..

Ok.. Nak cerita sikit kenapa aku pilih INIAKUPUNYAHAL.. kalau tengok sebelum ni aku dikenali dengan SAH.. More to informatif adn seems like too formal.. Tapi sekarang lebih menjadi diri sendiri.. Blog ini akan dipost ikut apa yang aku rasa..

Kenapa aku tukar INIAKUPUNYAHAL.. sebenarnya plan nak tukar kepada 'akuadalahaku'.. tetiba nak tukar tak boleh pulak.. sebab dah ramai sangat orang guna title ni.. then tukar pulak 'iniakupunya' pun tak boleh.. Hurmm.. Last2 aku tambah larr '...HAL' kat belakang..

Op..op.. Bos dah masuk.. sambung lagi nanti..

Thursday, August 11, 2011

Bersih.Sental.Kental

1st of all Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my friends and viewers..

tumpang lalu pak mau dicuciin blog inik!! kotor bangat!! haha..

Continue..

Monday, August 16, 2010

Fadhilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada seksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."