Salam 1Malaysia..
Dah lama jugak tak update blog nih..
Stiill miss you abah.
Dah hampir satu tahun setengah arwah abah aku kembali ke rahmatullah. Hanya tuhan saje yang tahu bertapa aku rindu giler dgn abah. Rasa terkilan pulak tak dapat buat semua benda dengan abah & tunjukkan hasilnya titik peluh abah bekerja siang malam tuk hantar aku belajar sampai dia dpt tgk sendiri aku berjaya. Sangat sedih kalau nak ingat balek pesan arwah abah dan impian abah nak tengok anak2 nyer berjaya.
Betullah org cakap ajal maut ditangan Tuhan. Xde siapa pun tahu selain ALLAH. Aku pun tak boleh jangka yg arwah abah akan pergi secepat ini. dari saat itu hati aku nie yg susah nak menangis mle lembut. Tak boleh tengok kalau ader citer2 yg kehilangan parents. Pergh sgt sayu. Kdg2 tgk cover2 line tahan air mata.
Masa tue aku masih study as a final year student last sem. tinggal 1minggu jarak untuk final year exam dan dugaan lagi dahsyat bila aku tengah sebuk siapkan final year projek. Masa tuh cuma Allah saje yang tahu bertapa kuatnya dugaan.
Arwah abah meninnggal pada 2.3.2010 genap sebulan selepas tarikh lahir 2.2.2010. Sampai sekarang aku masih ingat tarikh tue dan takkan aku lupekn. Masa bday arwah abah adalah tarikh abah dapat gaji. Time tue abah sebok telefon semua adik beradik ajak keluar makan sama2 dekat luar sebab katanyer nak belanja makan. After ktorg habis makan arwah abah bagi kami 3org adik-beradik duit. Sangat pelik macam abah tahu dier akan pergi untuk selamanya. Mse tue aku tak pikir yg bukan2 so ak just terima jerk. Then dier cakap plan nak buat family trip mse cuti chinese new year.
Bila tiba chinese new year, arwah abah dimasukkan ke hospital di serang sakit jantung. Selama 2 minggu abah dimasukkan ke hospital time tue macam pesanan dah abah bagi kat aku dan aku masih pegang amanah tue sampai biler2. Kebetulan pulak hospital dan tempat study dekat, aku sanggup ulang-alik tengok abah. Tiap2 hari waktu melawat jerk mesti ak ada. Kadang2 aku sanggup ponteng kelas sebab kalau masuk kelas pun aku xdpt concentrate tuk blajar, aku gi hospital jenguk abah.
Pada suatu hari tue abah nak sangat balek rumah, dier sanggup merayu kat doktor nak cuti duk rumah seminggu. Doktor pun bagi jugak bapak aku balek sebab kebetulan akak aku baru aje bersalin. Time kitorg amek abah balek pg, ktorg singgah sekejap makan tempat kawan abah. time tue jugak abah sgt2 teruja dapat balek rumah dier gi round satu complex niaga tuh jmpe kawan2 dier. Malam pulak dier ajak mak aku pergi jenguk kakak aku yang baru bersalin. Alhamdulillah abah sempat tengok cucu baru.
Selang sehari, di depan bilik bilik air abah rebah. mak aku dah jerit2 panggil aku. Alangkah terperanjatnyer aku biler tengok abah terbaring depan bilik air dengan mke yg sgt2 pucat. Ya Allah rse mcm nk menangis pun ader gak time tue. Ktorg hntr abah ke hospital abah masuk ker wad emergency. Dalam masa 2 hari abah di wad, abah dah nampak stabil dan badan sudah nampak kemerahan dan boleh berbual macam biasa. Time tue aku rasa sangat2 lega mngkn peluang untuk abah pulih sangat besar.
Keesokkan harinya pada waktu subuh aku dapat panggilan telefon dari mak yg jaga abah selama 2hari tue. Mak suruh cepat2 datang ke hospital. Masa tue aku dah rasa lain macam jek ak tanya mak kenape? Mak tak nak jawab ape2. Setiba nyer ak sampai di hospital, mak call lagi cakap abah dah takde. Dah time tue aku rasa kosong giler. aku dah tak boleh pikir aper2. Rasa macam mimpi jerk. Time sampai kat hospital tuh ak dah tak pikir org sekeliling. Aku lari sekuat2 hati masuk ke wad. Aku tengok abah betul2 dah takder terbaring sambil terpejam mata. Aku terus peluk mak aku menangis sekuat2 hati.
Ya ALLAH arwah abah betul2 dah meninggal dunia.
Rupa-rupa nyer doktor ader bincang dengan mak aku sebelum nih yang arwah abah takde harapan untuk hidup sebab jantung abah dah rosak. Tapi mak aku rahsia kan kat aku sebab mak aku tahu bertapa tertekannya aku masa tuh sebok dengar projek n exam.
Masa aku convocation, impian abah nak tengok aku naik pentas tak kesampaian. Sampaikan selepas habis majlis convo tuh mak aku datang peluk aku n ktorg menangis sebab itulh impian mak dan arwah abah nak tengok aku naik pentas n bergambar bersama2. Mak aku sangat faham hati aku ni nmpk sgt tak nak pergi majlis convo tuh dan dier pujuk aku tuk pegi jugak.
Jadi sekarang aku dah bekerja, apa yang aku boleh buat pegang dan laksanakn pesanan arwah abah.