About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Wednesday, October 5, 2011

Oh No!! | IPhone 4S

Oh no!
Dah kecoh satu Malaysia Apple dah keluar kan produk baru yang disangkakan I Phone 5 tapi sebenarnya I Phone 4S. Mengikut sumber yang aku baca, I Phone 5 tetap akan keluar dalam kurang dari 12 bulan selepas I Phone 4S.

What the..
Belum sempat merasa I Phone 4 dah keluar yang baru pula. IPhone4 dan IPhone4s nih tak banyak beza dari segi reka be
ntuk masih sama sejibik. Tapi, interior dia ada up skit.

Jadual PMR 2011

Agak terlewat aku post. Tapi takpe niat nak sebarkan kat semua adik-adik PMR. PMR ni penting sebab korang akan tentukan aliran mana yang korang nak pergi. Seriously, dulu aku pun tak pasti nak ambil aliran apa lepas PMR nih. Sains ker? Sastera ker? Teknikal ker?.

Tapi, lepas aku di'sekolah'kan oleh mak cik aku baru aku terbuka mata untuk pilih aliran yang aku rasa aku minat. Terima kasih mak cik!!

Sekarang, korang fokus dulu dengan peperiksaan PMR tue. Lepas peperiksaan korang nak buka muka buku(facebook), twitter, blog dll lantak korang lah.


Renung-renungkan dan selamat beramal.


4/10/2011 :

  • Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
  • Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 :

  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
  • Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 :

  • Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
  • Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
  • Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 :

  • Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
  • Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 :

  • Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
  • Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
  • Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Lupa nak wish good luck!!

Lesson 02

"Takes 1 minute to think before do"

Tuesday, October 4, 2011

Stupid Damn Spring | Or Me?

Sesi melepaskan geram. Aku telah menghilangkan benda yang paling berharga. Walaupun kecik dan nampak macam tak berguna tapi sangat2 berharga iaitu SPRING!! damn..

Sebenarnya haritue aku buat repair sket la dengan bos aku Booster pump (kalau tak tau korang search lah sendiri dgn En. Google). Secara dengan tidak sengaja aku telah menjatuhkan the damn spring yg ader kt dalam booster pump tuh.

Cari punyer cari tak jumpa satu factory. Untuk pertama kali nyer aku tengok muka bos aku yang tak puas hati dengan aku. Rasa bersalah pulak aku ngan bos. So sekarang nih aku duk diam jerk dengan segan silu biler bos aku cerita pasal spring tuh. I'm so sorry bos. haha

Arghh. were's the damn spring.. lol..

Super Duper Best | Sea Survival Course

Perasaan malas melanda nak update blog lepas pergi kursus. Tapi takpe dah rasa nak mengupdate balik.

Cerita pasal course yang aku pergi selama 3 hari. Aku rasa sangat berbaloi pergi kot (walaupun company sponsored) hehe. For summary, aper yang best tue yang pasti praktikal session memang terbaik. First day agak boring sket sebab fire fighting but still ok lah dapat berjalan disuasana terbakar. Tapi bukan nyer asap betul pun. Second day mmg dah excited giler sebab HUET training. Walaupun yg fake pnyer tp so real sbb pusing2 kat dalam heli tuh. Kitorang diajar macam mana nak survive kalau terhempas dari heli. Memang gempak gilerr, yang paling best dier blh terbalikkn heli tuh kt dlm air. Kitorang kena selamat kan diri after 7sec dlm heli & naik ke dasar air gne EBS & tanpa EBS. third Day, Kitorang buat sea survival. Camner nak bagi signal emergency if tersangkut kat tengah2 laut.

Member2 satu kelas pun cam sekepala semua. First day jerk dah bleh bergelak. Jadi, kalau nak gilagi tggu lepas 4taun lagi..

Sunday, September 11, 2011

New Sports Interest.


Hye2..
Rasa nyer aku dah jumpe sport baru. Nih sumer gara2 sea survival course. So, preparation sblm gi sana aku gi swimming. Sebenarnya dah lama tak gi renang nih rasa kekok. Dalam 2jam aku gi then tetiba rse best plak bleh tambah aktiviti tuk weekend nih.. huuh..

So, maybe next time pun nak gi lagi lerr..

Offshore Training

For 3days aku takkan on9 or posting ape2 sebab aku pergi sea survival course, offshore training di MSTS, Johor Port. Excited jugak lar walaupun belum berpeluang nak gi offshore tapi atleast dah wat preparation if di suruh trun platform. Actually, company aku hantar pergi training nih sebab sekarang nih ak on standby tuk offshore hujung bulan nih. Either ak or supervisor ak pegi. Almaklumlah fresh mcm ak nih, blum cukop experience nak gi. If ada rezeki ak ad chance la nak gi.



Ok course yg ak gi nih




Course Outline

  1. Offshore overview
  2. Offshore hazards
  3. Safe Working Procedures
  4. Helicopter safety procedure
  5. HUET
  6. Norwegian helicopter suit with rebreather
  7. Emergency breathing system exercises
  8. Sea survival
  9. Skyscape evacuation training
  10. Liferaft training
  11. Lifeboat training as passenger
  12. First aid/Hyportemia
  13. Fire fighting & self rescue

Validity
: 4 years


More info leh view website nih :
http://www.msts-my.org/

Wednesday, September 7, 2011

Lesson 01

"People become lazy after 3days without doing nothing"

by my boss :-)

Miss Arwah Abah

Salam 1Malaysia..
Dah lama jugak tak update blog nih..


Stiill miss you abah.

Dah hampir satu tahun setengah arwah abah aku kembali ke rahmatullah. Hanya tuhan saje yang tahu bertapa aku rindu giler dgn abah. Rasa terkilan pulak tak dapat buat semua benda dengan abah & tunjukkan hasilnya titik peluh abah bekerja siang malam tuk hantar aku belajar sampai dia dpt tgk sendiri aku berjaya. Sangat sedih kalau nak ingat balek pesan arwah abah dan impian abah nak tengok anak2 nyer berjaya.

Betullah org cakap ajal maut ditangan Tuhan. Xde siapa pun tahu selain ALLAH. Aku pun tak boleh jangka yg arwah abah akan pergi secepat ini. dari saat itu hati aku nie yg susah nak menangis mle lembut. Tak boleh tengok kalau ader citer2 yg kehilangan parents. Pergh sgt sayu. Kdg2 tgk cover2 line tahan air mata.

Masa tue aku masih study as a final year student last sem. tinggal 1minggu jarak untuk final year exam dan dugaan lagi dahsyat bila aku tengah sebuk siapkan final year projek. Masa tuh cuma Allah saje yang tahu bertapa kuatnya dugaan.

Arwah abah meninnggal pada 2.3.2010 genap sebulan selepas tarikh lahir 2.2.2010. Sampai sekarang aku masih ingat tarikh tue dan takkan aku lupekn. Masa bday arwah abah adalah tarikh abah dapat gaji. Time tue abah sebok telefon semua adik beradik ajak keluar makan sama2 dekat luar sebab katanyer nak belanja makan. After ktorg habis makan arwah abah bagi kami 3org adik-beradik duit. Sangat pelik macam abah tahu dier akan pergi untuk selamanya. Mse tue aku tak pikir yg bukan2 so ak just terima jerk. Then dier cakap plan nak buat family trip mse cuti chinese new year.

Bila tiba chinese new year, arwah abah dimasukkan ke hospital di serang sakit jantung. Selama 2 minggu abah dimasukkan ke hospital time tue macam pesanan dah abah bagi kat aku dan aku masih pegang amanah tue sampai biler2. Kebetulan pulak hospital dan tempat study dekat, aku sanggup ulang-alik tengok abah. Tiap2 hari waktu melawat jerk mesti ak ada. Kadang2 aku sanggup ponteng kelas sebab kalau masuk kelas pun aku xdpt concentrate tuk blajar, aku gi hospital jenguk abah.

Pada suatu hari tue abah nak sangat balek rumah, dier sanggup merayu kat doktor nak cuti duk rumah seminggu. Doktor pun bagi jugak bapak aku balek sebab kebetulan akak aku baru aje bersalin. Time kitorg amek abah balek pg, ktorg singgah sekejap makan tempat kawan abah. time tue jugak abah sgt2 teruja dapat balek rumah dier gi round satu complex niaga tuh jmpe kawan2 dier. Malam pulak dier ajak mak aku pergi jenguk kakak aku yang baru bersalin. Alhamdulillah abah sempat tengok cucu baru.

Selang sehari, di depan bilik bilik air abah rebah. mak aku dah jerit2 panggil aku. Alangkah terperanjatnyer aku biler tengok abah terbaring depan bilik air dengan mke yg sgt2 pucat. Ya Allah rse mcm nk menangis pun ader gak time tue. Ktorg hntr abah ke hospital abah masuk ker wad emergency. Dalam masa 2 hari abah di wad, abah dah nampak stabil dan badan sudah nampak kemerahan dan boleh berbual macam biasa. Time tue aku rasa sangat2 lega mngkn peluang untuk abah pulih sangat besar.

Keesokkan harinya pada waktu subuh aku dapat panggilan telefon dari mak yg jaga abah selama 2hari tue. Mak suruh cepat2 datang ke hospital. Masa tue aku dah rasa lain macam jek ak tanya mak kenape? Mak tak nak jawab ape2. Setiba nyer ak sampai di hospital, mak call lagi cakap abah dah takde. Dah time tue aku rasa kosong giler. aku dah tak boleh pikir aper2. Rasa macam mimpi jerk. Time sampai kat hospital tuh ak dah tak pikir org sekeliling. Aku lari sekuat2 hati masuk ke wad. Aku tengok abah betul2 dah takder terbaring sambil terpejam mata. Aku terus peluk mak aku menangis sekuat2 hati.

Ya ALLAH arwah abah betul2 dah meninggal dunia.

Rupa-rupa nyer doktor ader bincang dengan mak aku sebelum nih yang arwah abah takde harapan untuk hidup sebab jantung abah dah rosak. Tapi mak aku rahsia kan kat aku sebab mak aku tahu bertapa tertekannya aku masa tuh sebok dengar projek n exam.

Masa aku convocation, impian abah nak tengok aku naik pentas tak kesampaian. Sampaikan selepas habis majlis convo tuh mak aku datang peluk aku n ktorg menangis sebab itulh impian mak dan arwah abah nak tengok aku naik pentas n bergambar bersama2. Mak aku sangat faham hati aku ni nmpk sgt tak nak pergi majlis convo tuh dan dier pujuk aku tuk pegi jugak.

Jadi sekarang aku dah bekerja, apa yang aku boleh buat pegang dan laksanakn pesanan arwah abah.

Wednesday, August 24, 2011

Kembali Ke Rahmatullah

Salam.
Semalam aku baru dapat berita sedara aku telah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal di HSA(Hospital Sultanah Aminah), JB. Arwah sebenarnya menghidapi kanser darah. Aku agak rapat dengak anak arwah sebab dia sangat2 bersungguh2 tolong aku carikan kerja. Sampailah sekarang dia still tanya perkembangan aku. Tak apalah Allah lebih menyayangi arwah. Sesungguh nya arwah sangat bertuah kembali ke rahmatullah di bulan yang mulia ini.

- Al-Fatihah -