About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Wednesday, January 9, 2013

Kalau aku ada 'RM50 000'..

assalamualaikum..
Good morning (if korang baca diwaktu pagi)



kalau korang ada RM50 000 dalam tangan, apa yang akan korang buat dengan duit tuh..
idea ni tercetus bila aku terdengar radio era semalam ada org menang teka bunyi era RM 43 200 dan kalau dicampurkan bonus dah rm 50 000 ++ So, aku telah membayangkan masa tengah drive 'kalau lah aku ada RM 50 000 aku nak...'


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

salah satu nya aku memang dah target tahun nih nak beli kereta. almaklumlah sambung pakai orang punya kereta saja. memang sekarang ada kereta tapi kereta nih kereta arwah abah aku yang punya. jadi, aku nak juga merasa beli kereta dengan hasil usaha sendiri


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

aku nak sedekah sikit kat kebajikan. tak salah apa kalau dapat rezeki lebih kita sedekahkan kat org yang memerlukan. kita mungkin satu hari nanti ALLAH balas dengan men'double'kn rezeki kita. betul tak? InsyaALLAH..


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

nak pi holiday dengan family. plan nih memang kitorang sekeluarga dah plan 3tahun lepas. masa arwah abah aku ada lagi. aku ingat lagi arwah abah nak dapat duit pencen tahun tuh. then kitorang sekeluarga plan nak pergi jalan2 cuti chinese new year. tapi tak kesampaian arwah abah masuk hospital then telah meninggalkan kami bulan march.. sedih..  dan hujung tahun lepas plan bersama family ingat nak bercuti time cuti sekolah bulan december.. tapi masing2 busy dengan kerja.. especially aku hihi. Tahun nih nak tak nak aku dah plan nak bercuti jugak.. Kalau lah ada RM 50 000 nak bercuti jauh sikit dari apa yang kitorang dah plan.. berangan sekejap..


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

invest dalam perniagaan.
yang ini adalah target jangka masa panjang. kalau dah ada modal lebih sikit aku plan nak buka bisnes sendiri.. tapi tak tau nak buat bisnes apa. bisnes karpet boleh ke? haha


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

simpan tuk target next year. angan2 nak beli sebiji rumah kalau mampu utk tahun depan. insyaALLAH mudah-mudahan murah rezeki tahun nih.


KALAU lah aku ada duit RM 50 000..

nak kahwin.. haha
tapi tak de calon lagi(sila ulang 3 kali) haha..



InsyaALLAH kalau betul2 benda nih berlaku syukur. AMIN.

bye..

No comments:

Post a Comment