About Me

My photo
Love my work but blur about my life

Monday, December 22, 2014

Aku Bukan "Coffee Lover"

Assalamualaikum

Terus terang im not a coffee lover. Ada orang setiap pagi mesti pekena coffee dulu baru rasa fresh bersemangat nak pergi kerja. Kalau aku, rasa kembang tekak bila tengok coffee tu.


Aku boleh minum coffee tapi bukan sebelum pergi kerja atau waktu kerja. Sebab tekak aku akan rasa tak selesa dan akan rasa haus asyik nak minum air kosong nak buat kerja pun tak fokus.

Ramai orang cakap kalau nak hilangkan mengantuk minum coffee. Aku dah try minum coffee waktu mengantuk tapi tak ada effect langsung. Aku pun tak faham sistem dalam badan aku ni.

Selalunya aku boleh layan meng'kopi' waktu lepak dengan kawan-kawan bila free atau hujung minggu sambil borak-borak. Dan kalau aku balik kampung, aku akan lepak dengan cousin aku dekat Rengit Coffee atau aku panggil 'Stabak Rengit'. Tapi setakat minum layan saja lah. Tak ada sampai addict dengan coffee.

Oklah sebenarnya tak ada idea nak post apa. Ini saja yang terlintas kat dalam kepala.

Bye. Adioss~

No comments:

Post a Comment