Assalamualaikum
Selepas lebih 3 tahun aku bekerja, macam-macam jenis orang aku dah jumpa. Kadang-kadang tak faham mentaliti orang sekarang.
Situasi ni berlaku pada aku masa meeting atau discussion dengan client. Setiap kali aku bagi suggestion mesti ditolak dan susah bagi client nak terima. Bila next meeting bos aku attend, bos aku akan terangkan benda yang sama pernah aku sampaikan dulu. Diorang senang pula terima.
Kadang-kadang aku tergelak sendiri. Dulu aku explain benda yang sama diorang tolak tak boleh terima. Tiba-tiba, bila bos aku explain benda yang sama korang senang saja terima. Kenapakah??
Yes. Memang aku ni masih muda dan di kira junior lagi la kalau nak bandingkan dengan client aku ni.. Tapi tak bermakna pendapat aku ni tak boleh terima. Eventhough lagi senior dari aku, tak salah kot nak consider suggestion orang lain. Kadang-kadang tak boleh ikut sangat 100% teori. Kena juga tengok dari segi praktikal.
Bila aku cerita dekat bos, dengan selamba dia cakap "i'm oldman maa.. they easily can accept. You young man.. they under estimate you.. don't worry.. haha..(dia gelak)".
Apa ingat kitorang ni tak tahu apa-apa. Emo pulak. Haha.
Oklah. Bye. Adioss~

No comments:
Post a Comment